Persis Solo Ikat JDT, Aksi ‘Lain Macam’ Adam Farhan Raih Perhatian
Dunia
JST
Advertisements

Perlawanan pemanas badan antarabangsa melibatkan JDT dan pasukan dari Indonesia, Persis Solo di Stadium Sultan Ibrahim berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri 1-1.

Moussa Sidibé hampir meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-21 namun tendangannya berjaya ditepis penjaga gawang Persis Solo, Muhammad Riyandi.

Sidibé bagaimanapun berjaya menebus kekecewaannya menerusi satu jaringan menerusi sepakan percuma lencong yang mengelirukan dari sebelah kanan pada minit ke-29 menjadikan kedudukan 1-0 memihak JDT.

Advertisements

Persis Solo hampir memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-38 menerusi sepakan kencang Ryo Matsumura namun Haziq Nadzli cemerlang menepis sepakan pemain kelahiran Jepun tersebut.

Bersambung babak ke-2, Persis Solo memperkemas serangan dan corak permainan dan sesekali berjaya mencipta peluang berbahaya namun Haziq Nadzli cemerlang menafikan setiap percubaan dilakukan lawan.

Usaha keras Persis Solo akhirnya menemui titik penemuan menerusi jaringan bekas pemain JDT, Fernando Rodríguez pada minit ke-71 menjadikan kedudukan 1-1.

Advertisements

Selang seminit kemudian, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas Sumareh pantas mendapatkan bola hasil lorongan dari tengah namun De Paula gagal menyudahkan penalti berkenaan.

Perlawanan berkesudahan dengan JDT seri 1-1 menentang Persis Solo di Stadium Sultan Ibrahim.

Aksi Adam Farhan Raih Pujian

Aksi cemerlang pemain JDT II, Adam Farhan Bin Mohd Faizal raih perhatian penyokong JDT yang menyifatkan pemain muda ini sebagai berkualiti tinggi dan cukup berkeyakinan.

Advertisements

Beliau dilihat pantas berlari selain bijak membuat gerakan walaupun ditekan pemain Persis Solo dari segala sudut.

Adam Farhan bermain di posisi pertahanan kiri dan beliau dilihat sebagai prospek masa depan cerah JDT di posisi kritikal tersebut.

Aksi perlawanan bertemu Persis Solo ini merupakan aksi persahabatan antarabangsa bagi memberi ruang buat pemain JDT meraih minit permainan.

Advertisements

JDT bakal bertemu Sabah pada 15 November ini di Likas untuk perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram