Persoalan Mengenai Pemain Kurang Minit Bermain Dipanggil Kim Pan-gon Terjawab
Harimau Malaya
Berita Harian
Advertisements

Persoalan mengenai keputusan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk memanggil para pemain yang kurang mendapat minit permainan pada musim ini terjawab.

Menerusi satu analisis terperinci yang dilakukan oleh trio bekas bintang bola sepak tempatan iaitu Zainal Abidin Hassan, Razman Roslan dan juga Shukor Adan telah menjumpai ‘formula’ mengenai barisan pilihan Pan-gon kali ini.

Baru-baru ini, timbul beberapa persoalan mengenai keputusan pengendali kelahiran Korea Selatan itu memanggil nama-nama seperti Syafiq Ahmad, Syamer Kutty dan Akhyar Rashid ke dalam skuad kebangsaan.

Advertisements

Berdasarkan pemerhatian Syukor Adan, tindakan ini berdasarkan bagaimana seseorang pemain itu boleh memberi impak di atas padang.

“Perkara ini dah banyak kali kita cakap, tetapi bila Akhyar beraksi, dia bukan tentang minit permainan, dia akan beri jiwa.”

“Kita tak tahu tempo latihan di JDT yang berintensiti, kita asyik bincang tetapi akhirnya bila Akhyar masuk, penyokong akan tetap puji,” jelasnya kepada Nindia Bola.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong masing-masing pada 23 Mac dan 28 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram