“Pertahanan Bukan Setakat Perlu Bertahan Sahaja” – Shahrul Saad
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Di bawah kendalian Kim Pan-gon, Harimau Malaya mempraktikkan gaya permainan pantas. Ini bermakna semua pemain termasuk pemain pertahanan perlu bijak mengawal bola – satu fakta yang diakui bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad.

Ini kerana dalam bola sepak moden hari ini, pemain pertahanan tidak hanya fokus kepada mempertahankan gawang mereka. Malah, mereka juga perlu mempamerkan penguasaan bola yang mantap kerana boleh saja dari situ, ia boleh menjadi peluang menjaringkan gol.

Dan itu yang disukai para pemain termasuk Shahrul berkenaan bekas jurulatih Hong Kong itu. Ini kerana Pan-gon mahu para pemain faham dengan arahan taktikalnya agar Harimau Malaya beraksi dengan baik di atas padang.

Advertisements

“Iya, betul. Dengan Coach Kim, senang untuk kita ‘adapt’, dia beri pendapat yang jelas tentang taktikal dengan cara macam mana kita nak bermain.

“Dan kita tahu dalam bola sepak, pertahanan bukan saja perlu ‘defend’ sahaja. Kita memerlukan ‘defend’ untuk melakukan ‘possession’ dan ini satu perkara yang terbaik kepada diri saya sendiri, untuk saya bermain dengan lebih baik di bawah taktikal Coach Kim,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Malaysia-Hong Kong hari ini.

Shahrul turut mengakui persaingan di bahagian pertahanan terutama bek tengah amat sengit. Ini kerana dia perlu bersaing dengan rakan sepasukan JDT Feroz Baharudin, Dion Cools (Buriram United), Dominic Tan (Sabah) dan Khuzaimi Piee (Selangor).

Advertisements

Di sebalik persaingan sengit di bahagian bek tengah, Shahrul percaya sesiapa yang diturunkan Pan-gon akan memberi yang terbaik kepada pasukan dalam perlawanan esok.

“Iya, betul. Kem kali ini (dengan) yang paling sengit ialah di bahagian pertahanan. Dan kita mempunyai ramai pemain pertahanan yang berpengalaman dan berada pada prestasi yang terbaik.

“Tapi saya rasa ini persaingan yang sihat buat kami. Kami sentiasa beri ‘support’ antara satu sama lain. Yang paling penting, tugas esok, siapa yang diberi peluang bermain esok. Dan semestinya kita beri yang terbaik untuk pasukan,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram