Pertahanan Gergasi Sepanyol, Miguel Cifuentes Dalam Perjalanan Sertai Kelantan

Cifuentes Kelantan Pertahanan Gergasi Sepanyol, Miguel Cifuentes Dalam Perjalanan Sertai Kelantan
MALAGA CF
Nik Faris @nikfalovic
7:31am 12/02/2023

Pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan FC difahamkan sedang menunggu ketibaan bekas pertahanan Malaga CF ketika ini.

Pemain tersebut difahamkan ialah Miguel Sifuentes yang juga merupakan anak jati kelahiran Sepanyol.

Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

Beliau yang memuat naik satu hantaran di laman Facebooknya memberitahu bahawa pemain ini akan tiba tidak lama lagi.

Cifuentes memiliki status yang cukup besar di Liga Sepanyol apabila telah beraksi bersama beberapa kelab antaranya ialah CF Malaga, Girona, Albacete dan juga UD Ibiza.

Pemain ini juga memiliki kebolehan untuk bermain pada beberapa posisi seperti pertahanan kanan dan juga pemain sayap kanan sekaligus bakal menjadi aset buat pasukan Kelantan.

FB: ZAMSAHAM

Kelantan dilihat serius mahu mematapkan lagi barisan pertahanan pasukan dalam misi permulaan cemerlang di pentas Liga Super.