Advertisements
Pertahanan JDT Sebenarnya Sangat Bersedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Di Asia
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Barisan pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebenarnya sudah bersedia sepenuhnya menjelang perlawanan pusingan kalah mati pada pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Ogos nanti.

Pasukan kendalian Benjamin Mora kini sedang menikmati prestasi terbaik pasukan sungguhpun kecederaan penyerang utama pasukan, Bergson Da Silva sedikit menjejaskan ketajaman jentera serangan JDT.

Walau bagaimanapun, barisan pertahanan Harimau Selatan berada dalam keadaan terbaik untuk terus memacu pasukan bersaing di pentas tertinggi bola sepak Asia tersebut.

Juara bertahan Liga Super ini mempamerkan rekod luar biasa dalam saingan musim ini terutamanya pada pertembungan Liga Super apabila merekodkan hanya 6 bolos sepanjang 11 perlawanan setakat ini.

Hal ini sejajar dengan rekod jaringan pasukan yang sangat ampuh di hadapan gawang lawan apabila telah merekodkan 28 gol untuk kekal memacu puncak liga.

Keputusan Mora juga yang berani melakukan ‘rotation’ untuk menurunkan pertahanan simpanan pasukan nyata membuahkan hasil.

Bukan itu sahaja, kapten pasukan dan juga penjaga gol JDT, Farizal Marlias ketika ini menjadi pemain paling banyak melakukan ‘cleansheet’ apabila merekodkan 6 perlawanan tanpa bolos.

Dalam saingan ACL pula, JDT berjaya mencatat sejarah untuk menjadi juara kumpulan.

Juara 8 kali Liga Super ini merekodkan kemenangan ke atas gergasi Asia seperti Kawasaki Frontale dan juga Ulsan Hyundai selain berjaya membelasah Pasukan Guangzhou FC telah membuka mata banyak pihak tentang keupayaan sebenar mereka.

JDT Korea Pertahanan JDT Sebenarnya Sangat Bersedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Di Asia
Johor Southern Tigers

Kemasukan pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat yang sarat dengan pengalaman dan juga kematangannya beraksi di pentas bola sepak Eropah sudah pasti menjadi aset terbesar barisan pertahanan pasukan ketika ini.

Malah, pasukan milik Pemangku Raja Johor, Duli Yang Amat Mulia Sultan Ismail Sultan Ibrahim turut diperkuatkan dengan pemain baharu seperti Daniel Ting dan juga Levy Madinda bagi merealisasikan hasrat pasukan di Pentas Asia kali ini.

JDT kini berada pada landasan terbaik untuk mencipta sejarah gemilang dalam era bola sepak JDT dan juga Malaysia.