Pertahanan Juara Piala Dunia B-17 Sertai Negeri Sembilan
Transfer
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan FC memperkukuh barisan pertahanan mereka dengan mendapatkan bek tengah Nigeria, Aliyu Abu Bakar.

Perpindahan bek tengah berusia 27 tahun itu diumumkan pengurusan skuad Rusa di platform media rasmi mereka semalam.

Aliyu hadir dengan reputasi bukan calang-calang kerana pernah memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) pada 2013 bersama Nigeria.

Advertisements

“Aliyu Abubakar ialah pemain Jang. Berasal dari Nigeria, pemain pertahanan tengah yang berumur 27 tahun ini beraksi bersama Khan Tengri FC dalam saingan Liga Premier Kazakhstan.

“Beliau telah beraksi sebanyak 38 perlawanan pada musim 2023. Aliyu juga merupakan bekas anggota skuad remaja kebangsaan Nigeria yang menjuarai Piala Dunia FIFA B-17 pada 2013. Selamat datang ke Paroi, Aliyu,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum Khan Tengri, Aliyu pernah beraksi untuk KuPS, FC Dila (Georgia), Kemi Kings, FK Slutsk (Belarus), Olimpik Donestk (Ukraine), Radnik Hadzici (Bosnia-Herzegovina), Shakhtar Karagandar, Zhetysu dan Okzhetpes (Kazakhstan).

Advertisements

Ini menjadikan beliau pemain ketiga yang pernah beraksi di liga Finland beraksi di Liga Malaysia (Liga M). Selain Aliyu, Nooa Laine (Selangor FC) dan Murilo (Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)) juga pernah mewarnai liga sama.

Beliau menjadi pemain import keempat menyertai skuad Rusa selepas Takumi Sasaki, Jacque Faye dan Hein Htet Aung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram