Eropah
Getty Images
Advertisements

Baru sahaja undian bagi perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah diadakan, media sosial kini kembali rancak membicarakan hasil undian tersebut lebih-lebih lagi apabila 2 bintang utama bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bakal berentap dalam pertemuan antara Paris Saint Germain dan Manchester United. Selain pertemuan tersebut, perlawanan antara Bayern Munich menentang Atletico Madrid turut mengujakan ramai peminat bola sepak dunia menurut hasil undian di laman web UEFA.

Manchester United sekali lagi bertemu PSG sejak kali terakhir bertemu pada tahun 2019 dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah. Pada waktu itu Manchester United berjaya melakukan comeback pada aksi timbal balik dengan menggunakan rata-rata pemain muda. Namun kali ini lebih menarik apabila Messi akan sekali lagi bertemu Ronaldo bukan dalam jersi kebiasaannya.

Pertama kali Lionel Messi akan bertemu Ronaldo dalam jersi PSG dan bukannya Barcelona. Manakala Ronaldo pula akan terus membantu pasukannya Manchester United apabila beliau menjadi tunjang utama dalam kemaraan kelab The Red Devils dalam peringkat kumpulan yang lalu.

Advertisements

Pertembungan falsafah bola sepak yang berbeza antara Diego Simeone dan Julian Nagelsmann pastinya dinantikan para peminat. Simeone terkenal dengan gaya permainan defensif bersama Atletico manakala Nagelsmann pula pengurus muda yang gemar menerapkan corak permainan menyerang.

ucl last 16 all ties 01 twitter Pertembungan Antara Messi & Ronaldo Warnai Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah
Gambar dari UEFA.com

Dua perlawanan tersebut dikategorikan sebagai big match dalam pusingan 16 ini manakala lain-lain pertemuan turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah perlawanan antara Inter Milan menentang Ajax. Inter Milan yang merupakan juara Serie A musim lalu bakal bertemu dengan juara Eredivisie, Ajax yang mempunyai 6 kemenangan bersih dalam peringkat kumpulan.

Selain itu, kelab-kelab England dilihat bakal turut diuji apabila Chelsea akan bertemu dengan juara Ligue 1 musim lalu, LOSC Lille manakala Liverpool bertemu RB Salzburg dan Manchester City menentang Villarreal. Prestasi tidak menentu Chelsea kebelakangan ini memberi Lille sedikit harapan manakala Liverpool dilihat berpeluang cerah untuk mara dengan mudah. Namun kelibat pemain muda Karim Adeyemi pasti akan memberi masalah kepada skuad Jurgen Klopp nanti.

Advertisements
Antara pertemuan yang ditunggu-tunggu para peminat (Atletico Madrid VS Bayern Munich)

Manchester City dilihat tiada masalah untuk mengatasi Villarreal setelah anak buah kendalian Unai Emery menunjukkan prestasi yang tidak konsisten pada musim ini walaupun musim lalu mereka bergelar juara Piala Eropah.

Real Madrid pula akan menentang Benfica dan Juventus akan menentang Sporting Lisbon. Real Madrid yang konsisten musim ini menjadi pilihan utama untuk mara ke peringkat suku akhir setelah mereka kini mengungguli carta pertama La Liga dan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Juventus yang bergelut dalam saingan Serie A pula perlu bekerja keras untuk menundukkan Sporting yang kini dalam 5 kemenangan berturut-turut dalam liga Portugal.

Pertemuan yang menarik kali ini antara pasukan-pasukan besar walaupun baru berada di peringkat pusingan 16. Namun buat pertama kalinya tiada kelibat Barcelona yang bakal bertanding dalam Piala Eropah dan juga tanpa kelibat mesin gol muda, Erling Haaland apabila Dortmund turut gagal melayakkan diri ke peringkat pusingan 16 kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram