Pertembungan KL City vs Persija Jakarta Bakal Jadi Realiti?
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Khabar bertiup kencang mengenai jalinan kerjasama yang bakal dijalankan antara kelab Liga Super, KL City FC dengan salah sebuah kelab gergasi Indonesia.

Perkembangan terbaru ini dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman telah memberi bayangan bahawa akan ada kerjasama antara KL City dengan salah sebuah kelab besar di Jakarta.

Sungguhpun tidak menyatakan nama secara kelab khusus, beliau menyenaraikan tiga kelab yang berkemungkinan besar menjadi rakan kerjasama strategik The City Boys.

Advertisements

Menurutnya, kerjasama ini bakal dijalinkan dalam pelbagai bentuk untuk bertukar kepakaran antara dua kelab terbaik di rantau Asia Tenggara ini.

“Difahamkan KL City bakal jalin kerjasama strategik bersama salah sebuah kelab gergasi Indonesia dari Jakarta.”

“Kerjasama ini difahamkan akan melibatkan beberapa perancangan seperti perkongsian kepakaran dan satu perlawanan persahabatan berkonsepkan ‘Capital City’ turut akan diadakan,” ujar Syafiq di laman Twitternya.

Advertisements

Malah, merujuk kepada status kelab di Jakarta, ia mungkin membawa kepada salah satu pasukan terbaik di Indonesia iaitu Persija Jakarta yang dikendalikan oleh jurulatih Jerman, Thomas Doll.

Kerjasama yang bakal terjalin ini juga memungkinkan penyokong untuk melihat aksi wakil Indonesia itu beraksi menentang pasukan Lembah Klang di Malaysia.

Kedua-dua pasukan berpeluang membentuk pengukuhan kerjasama dalam beberapa aspek termasuklah pembangunan bakat muda, teknologi latihan dan lain-lain yang memanfaatkan kemajuan pasukan.

Advertisements

Pengumuman rasmi bagaimanapun masih belum dibuat oleh kedua-dua belah pihak sambil khabar gembira ini bakal merancakkan lagi perkembangan bola sepak di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram