Advertising
Pertemuan Penting Tunku Ismail & Peter Cklamovski
MakanBola
JST/FCT
Sponsors

DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan untuk bertemu jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Cklamovski telah selamat tiba di tanah air minggu lalu untuk merencana persiapan rapi skuad Harimau Malaya menjelang kem latihan kebangsaan yang dijangka pada bulan Mac nanti.

Ad

Ketika ditemui minggu lalu, Cklamovski menyifatkan Tunku Ismail sebagai seorang individu yang berwawasan tinggi dan berasa terhormat dapat mewakili Baginda dan Malaysia kali ini.

Ad

“Baginda seorang berwawasan. Tanpa semangat, keazaman dan visi Baginda untuk projek ini, ia tidak akan terjadi seperti ini,” katanya selepas majlis pelancaran jersi baharu Harimau Malaya.

“Ia satu penghormatan untuk mewakili baginda dan semua orang di Malaysia untuk membawa negara ini ke arah yang tepat.”

Ad

Terbaharu, dalam satu hantaran Instastory oleh DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menyaksikan satu pertemuan telah diadakan melibatkan Baginda, Cklamovski dan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin.

Ad
Instastory Tunku Ismail 1 Pertemuan Penting Tunku Ismail & Peter Cklamovski
Instastory DYAM Tunku Ismail

Kelihatan Tunku Ismail mengadakan pertemuan bersama Cklamovski dan Tan Sri Hamidin yang turut disertai oleh individu yang dipercayai ejen dan bekas pemain negara, Kiko Insa.

Ad
Instastory Tunku Ismail 2 Pertemuan Penting Tunku Ismail & Peter Cklamovski
Instastory DYAM Tunku Ismail

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan hasil daripada perbincangan tersebut oleh kerana tiada makluman terkini dari pihak DYAM Tunku Ismail selepas itu.

Dalam makluman sama, Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya iaitu Rob Friend membawa khabar seorang pemain warisan dari Belanda ketika ini dalam proses akhir sebelum mendapat pasport Malaysia.

Manakala, 3 lagi pemain yang lain ketika ini dalam peringkat untuk memperoleh kerakyatan Malaysia bagi membolehkan mereka mewakili Harimau Malaya tidak lama lagi.