Advertising
Pertingkat Keselamatan & Solidariti Antara Solusi Permasalahan Semasa Liga-M
MakanBola
Terengganu FC/Selangor FC/JST

Masalah keselamatan dan ancaman yang sedang berlaku dalam kalangan pemain bola sepak Malaysia kini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia. Ianya juga menjadi topik perbicangan hangat negara serantau yang mula mempersoalkan keselamatan Liga-M di Malaysia.

Keadaan yang merisaukan ini harus ditangani segera oleh semua pihak secara saksama, perbincangan bersama dan penuh rapi agar keadaan kembali terkawal dan akhirnya penjenayah dan orang-orang yang berniat jahat ditangkap atau dihalang dari terus melakukan jenayah.

Kini terdapat permintaan dari pihak Selangor dan sebahagian penyokong bola sepak yang mahu perlawanan Piala Sumbangsih ditangguhkan dan ada yang ingin ianya dibatalkan.

Ad

Namun persoalannya, adakah permasalahan keselamatan ini akan selesai? Bagaimana pula dengan perlawanan liga lain yang bakal bermula beberapa hari saja lagi? Adakah tiada risiko ancaman keselamatan untuk pasukan-pasukan lain?

Ad

Berdasarkan dua jenis tinjauan yang dilakukan pada dua platform berbeza(X dan Telegram), ia menghasilkan maklumbalas jawapan yang berbeza:

Majoriti pengguna dengan jelas memilih untuk perlawanan ditangguhkan apabila hanya diberikan dua pilihan berbentuk YES/NO namun respon berbeza apabila diberikan pilihan beserta solusi.

Ad
Ad
poll piala sumbangsih Pertingkat Keselamatan & Solidariti Antara Solusi Permasalahan Semasa Liga-M

Cadangan solusi:

Mempertingkat kawalan keselamatan semasa hari perlawanan pada tahap tertinggi. Ia wajar dibuat secara jelas dan diwar-warkan agar penjenayah berasa takut seterusnya membatalkan niat jahat mereka.

Kawalan keselamatan juga harus dipertingkat untuk mana-mana individu terlibat kerana jenayah keselamatan bola sepak yang sedang berlaku hari ini adalah masalah kita bersama. Ia boleh merebak ke arah lebih teruk jika tiada tindakan drastik dibuat.

Solidariti terhadap mangsa seperti Akhyar Rashid, Faisal Halim dan terbaru, Safiq Rahim harus dipertingkat agar kita dapat bersama-sama bersatu hati membanteras kejahatan penjenayah.

Solidariti mampu memadamkan syak wasangka dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong sekaligus mengurangkan ketegangan konflik yang tidak memberi sebarang manfaat.

Kesedaran kita terhadap apa yang berlaku mampu memberikan kesedaran kepentingan penyokong bola sepak Malaysia bersatu hati membanteras jenayah.

Kejahatan akan terus berlaku hingga hari kiamat namun kita mampu mengawalnya jika kita bersatu.