Perubahan Ayron Del Valle Buat Tan Cheng Hoe Tersenyum
Liga Super
Azri/MakanBola/Selangor FC
Advertisements

Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berpuas hati dengan keupayaan penyerang importnya, Ayron Del Valle beraksi sebagai pemain sayap di bahagian serangan.

Walaupun sedikit berbeza dengan peranan sebelumnya sebagai penyerang tengah, Del Valle membuktikan itu tidak menjadi masalah dengan menyumbat gol kemenangan ke atas Sabah FC semalam.

Justeru, Cheng Hoe melihat penyerang Colombia itu mampu membentuk unit serangan yang mantap bersama bekas penyerang Juventus, Richmond Boakye dan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim.

Advertisements

“Kami (para jurulatih) membincangkan tentang posisi Ayron (Del Valle), anda tahu beliau bukan saja boleh beraksi sebagai No. 9. Beliau boleh juga beraksi di bahagian sayap semasa beraksi dengan kelab lamanya di Colombia.

“Dengan keupayaan beliau, kita menggandingkannya dengan (Richmond) Boakye dan Mickey (Faisal Halim) di sebelah kiri.

Advertisements

“Sudah tentu saya berharap pada masa akan datang, mereka bertiga ini mengetuai bahagian serangan. Mereka bekerjasama dan mempunyai keserasian yang bagus,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media pasca-perlawanan Selangor FC-Sabah FC semalam.

Trio ini dijangka menjadi sandaran gol Merah Kuning dalam aksi Liga Super seterusnya menentang juara Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada 29 Julai ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram