Ads
Pestabola Merdeka: Arif Aiman Kembali Ketuai Senarai 26 Pemain Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia

Senarai pemain Harimau Malaya bagi kejohanan Pestabola Merdeka pada September ini telah diumumkan dengan kepulangan semula pemain sayap, Arif Aiman.

Advertisements

Pada Rabu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Pau Marti bagi menghadapi kejohanan ini.

Advertisements

Daripada senarai ini, seramai 3 penjaga gol, 8 pertahanan, 8 pemain tengah dan 6 orang penyerang telah dipanggil bagi menyertai kem latihan bermula 1 September ini.

Advertisements
Advertisements

Di posisi penjaga gol, Syihan Hazmi, Azri Ghani dan Kalamullah Al Hafiz akan bersaing bagi merebut tempat sebagai pemain nombor satu negara di pintu gawang.

Tonggak Buriram United, Dion Cools bakal mengetuai benteng pertahanan bersama Matt Davies, Azam Azmi, Dominic Tan, Harith Haiqal, Corbin Ong, Feroz Baharudin, Safwan Mazlan, Daniel Ting dan Adib Ra’op.

Advertisements

Jentera tengah negara akan diisi oleh Afiq Fazail, Zhafri Yahya, Paulo Josue, Nooa Laine, Syamer Kutty, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Endrick Dos Santos.

Bahagian serangan pula menyaksikan kepulangan Arif Aiman yang dilanda kecederaan sebelum ini selain kehadiran Romel Morales, Syafiq Ahmad, Haqimi Azim dan Darren Lok.

Skuad negara akan berdepan Filipina pada 4 September ini dalam aksi separuh akhir Pestabola Merdeka manakala Lubnan akan berdepan Tajikistan pada hari yang sama di sebelah petang.

Advertisements

Pemenang bagi kedua-dua perlawanan ini akan bertemu di perlawanan akhir pada 7 September manakala pasukan yang tewas akan berdepan sesama sendiri di penentuan tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram