Ads
Asia Tenggara
Philippine Men’s National Football Team

Penyerang Filipina, Jarvey Gayoso percaya pengalaman beberapa pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) bakal memberi kelebihan kepada pasukan itu.

Advertisements

Ramai pemain yang membarisi skuad The Azkals untuk kempen Pestabola Merdeka 2024 pernah atau kini beraksi dalam saingan Liga M.

Advertisements

Antara yang pernah mewarnai Liga M ialah penjaga gol, Kevin Ray Mendoza dan bek tengah, Christian Rontini. Mendoza dan Rontini masing-masing pernah beraksi untuk KL City FC dan Kelantan FC.

Advertisements

Advertisements

Manakala Jesper Nyholm dan Patrick Reichelt pula masing-masing beraksi untuk pasukan Perak dan KL City FC.

Gayoso percaya pengalaman beraksi dalam liga berkenaan bakal membantu The Azkals mengekang asakan Harimau Malaya menjelang aksi membabitkan kedua-dua pasukan itu.

Advertisements

“Saya percaya itu perkara normal bila kita ada pemain yang pernah beraksi dalam liga tempatan, yang faham jenis stadium yang berbeza tempat mereka bermain.

“Tapi bagus untuk kita untuk tunjukkan dan memahami pelbagai aspek teknikal yang kita perlu lakukan. Dan bagaimana kita beradaptasi (di atas padang) secepat yang boleh,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Pestabola Merdeka.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan cabaran Filipina untuk aksi Pestabola Merdeka 2024 yang berlangsung pada 4 September ini. Satu lagi perlawanan kejohanan membabitkan juara bertahan, Tajikistan dan Lubnan turut berlangsung pada hari sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram