Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski memberikan penjelasan mengenai ketiadaan nama tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Nacho Mendez dalam senarai pemain ke kem latihan kebangsaan.
Seramai 28 pemain telah dipanggil oleh pihak pengurusan Harimau Malaya untuk membawa cabaran Malaysia dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam minggu hadapan.
Walau bagaimanapun, beberapa tonggak terpaksa disisihkan kali ini antaranya Arif Aiman dan Romel Morales selain Nacho Mendez yang masih belum mendapat panggilan kebangsaan sejak sekian lama.
Peter Cklamovski menerusi satu sidang media memaklumkan bahawa Nacho Mendez mengalami kecederaan semasa aksi terakhir bersama JDT sekaligus menjawab persoalan tentang ketiadaan nama pemain tengah itu.
“Nacho Mendez, saya rasa semua orang lihat dia dikeluarkan akibat kecederaan,” jelas Peter Cklamovaki kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Skuad Harimau Malaya bakal memulakan latihan pada Isnin di ibu negara sebelum bertolak ke Bangkok untuk membuat persiapan rapi menjelang aksi menentang Vietnam pada 31 Mac ini.