Peter Cklamovski Gugurkan 5 Pemain Bertemu Vietnam
MakanBola
MALAYSIA NT

Lima pemain terlepas menyertai skuad Malaysia yang dipilih Peter Cklamovski untuk aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Nam Dinh pada Selasa.

Ini selepas pengurusan skuad kebangsaan mengumumkan senarai kesebelasan utama dan pemain simpanan untuk aksi berkenaan.

Lima pemain yang terpaksa diketepikan Cklamovski ialah Haziq Aiman, Ryan Lambert, Declan Lambert, Luqman Hakim dan Junior Eldstal.

Nama Haziq Aiman terpaksa disisihkan Cklamovski dalam skuad kali ini. Ini kerana skuad Harimau Malaya memiliki ramai pemain beraksi di posisi penjaga gol seperti Syihan Hazmi, Haziq Nadzli dan Azri Ghani.

Faktor strategi turut dilihat mempengaruhi keputusan Cklamovski untuk tidak menyenaraikan Luqman, Declan, Junior dan Ryan dalam skuad kali ini.

Sebaliknya, Faisal Halim dan Paulo Josue menjadi pilihan jurulatih dari Australia itu sebagai sandaran untuk merobek gawang Vietnam.

Para penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan ini secara langsung boleh berbuat demikian dengan menekan pautan ini.