Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski bakal membawa skuad terbaik untuk saingan CAFA Nations Cup 2025.
Usaha itu dijangka dicapai menerusi kerjasama antara pengurusan skuad kebangsaan dan Malaysian Football League (MFL).
Cklamovski mengakui bukan mudah memanggil pemain memandangkan CAFA Nations Cup diadakan di luar kalendar FIFA iaitu bulan Ogos.
Pada masa sama, pengurusan Harimau Malaya sudah berhubung dengan MFL berhubung jadual perlawanan kejohanan itu.
“Kami sudah bercakap kepada pihak MFL mengenai aspek jadual perlawanan untuk berkerjasama bagi
memastikan pemain bersedia bagi perlawanan nanti,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Malaysia dan Oman menjadi pasukan jemputan yang akan beraksi dalam kejohanan berprestij di Asia Tengah itu.
Skuad negara berpeluang beradu kekuatan dengan dua pasukan yang layak secara merit ke Piala Dunia 2026, Iran dan Uzbekistan.