Peter Cklamovski: Pencapaian Hebat Buat Bola Sepak Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski melabel pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) sebagai pencapaian hebat buat bola sepak Malaysia.

Hal ini dinyatakan beliau selepas Harimau Selatan mara dengan mengatasi Sanfrecce Hiroshima dengan keputusan agregat 3-2.

Cklamovski menyifatkan keputusan tersebut bukan satu pencapaian hebat buat JDT. Malah, ini dilihat satu detik bersejarah buat bola sepak negara.

“Keputusan epik buat JDT! Satu kejayaan yang berhak diraih dalam dua aksi (pusingan 16). Tahniah kepada semua. Pencapaian hebat buat bola sepak Malaysia!” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Kejayaan ini menyaksikan JDT mengiringi Buriram United, Machida Zelvia dan Vissel Kobe ke peringkat suku akhir.

Screenshot 132 Peter Cklamovski: Pencapaian Hebat Buat Bola Sepak Malaysia

JDT turut berpotensi menerima suntikan semangat tambahan. Ini kerana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mempertimbangkan Malaysia dan Jeddah, Arab Saudi sebagai venue alternatif pusingan akhir ACLE.

AFC dilaporkan mempertimbangkan kemungkinan tersebut seandainya ketegangan di Asia Barat yang bermula sejak 28 Februari lalu masih belum reda.