Peter De Roo Kasihan Kepada Tan Cheng Hoe, Mangsa Keadaan
Dunia
FA Malaysian
Advertisements

Selepas kegagalan skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki, semestinya ramai pihak yang menuding jari kepada jurulatih skuad kebanggsaan, Tan Cheng Hoe kerana beliau antara individu yang perlu bertanggungjawab atas kegagalan tersebut.

Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo, beliau menyifatkan bahawa Tan Cheng Hoe tidak boleh dipersalahkan berkenaan kegagalan ini. Ditambah dengan kehilangan tonggak utama serta persiapan yang terhad adalah bukan suatu perkara yang mudah untuk diatasi dalam masa yang singkat. 

“Apa yang boleh saya katakan cukup kasihan kerana beliau dipersalahkan. Mana tonggak Harimau Malaya yang lain… kenapa mereka tidak bermain.. Persiapan pun agak terhad bagaimana mahu menyediakan pasukan yang mantap,”

Advertisements

Dalam pada itu, De Roo berpendapat bahawa mungkin ada beberapa keputusan yang bukan daripada Tan Cheng itu sendiri. Beliau menyatakan bahawa sepanjang mengemudi skuad kebanggsaan sebelum ini, Cheng Hoe berjaya menghasilkan impak yang positif terutamanya dari segi mengubah corak permainan skuad Harimau Malaya.

“Pendapat saya, anda tidak akan menjadi jurulatih yang teruk dalam sekelip mata sekali gus mungkin ada beberapa keputusan yang dibuat untuk pasukan kebangsaan bukanlah kehendak Cheng Hoe,”

“Sepanjang empat tahun lalu sejak beliau (Cheng Hoe) mengambil alih daripada Nelo Vingada sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik termasuk mengubah cara permainan,”

Advertisements

“Saya kenal Cheng Hoe bagaimana cara beliau bekerja. Beliau berani melakukan beberapa perkara berbeza demi mendapatkan hasil yang terbaik untuk pasukan,” kata De Roo kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Peter De Roo beranggapan sebelum Cheng Hoe dipecat atau digugurkan, seharusnya melihat dari sudut masa yang dimiliki Cheng Hoe untuk mempersiapkan sebuah pasukan yang terbaik.

De Roo turut merasakan Cheng Hoe juga tidak mahu membawa pemain yang kurang minit permainan melainkan terpaksa atas faktor kecederaan pemain utama dan sebagainya.

Advertisements

“Oleh itu, sebelum memecat atau menyalahkan jurulatih, lihat dahulu apa yang dimiliki (pemain) oleh pengendali itu untuk mempersiapkan pasukan,”

“Hal ini kerana tiada jurulatih mahu membawa pemain kurang minit permainan atau cedera selain menggugurkan tonggak utama mewakili pasukan,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram