Piala AFC: KL City Cipta Sejarah Mara Ke Final Tewaskan Sogdiana
Dunia
Advertisements

Wakil Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFC apabila mara ke perlawanan akhir selepas berjaya mengejutkan kelab Uzbekistan, FC Sogdiana Jizzakh melalui penentuan sepakan penalti dalam pusingan akhir antara zon yang berlangsung di Stadium Sogdiana, Uzbekistan sebentar tadi.

KL City turun ke padang tanpa penyerang tulen dalam perlawanan ini dengan meletakkan Romel Morales sebagai peledak utama. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan cuba mendapatkan rentak permainan melalui variasi hantaran pendek.

Penguasaan bola dilihat lebih terarah kepada Sogdiana manakala KL City lebih banyak menunggu peluang untuk melancarkan serangan balas. Pujian perlu diberikan kepada barisan pemain KL City yang sangat berdisiplin dalam bertahan.

Advertisements

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Sogdiana meneruskan ancaman ke kubu KL City dan mereka beberapa kali melancarkan serangan ke arah gawang KL City. Namun penjaga gawang KL City, Kevin Ray Mendoza cemerlang menepis percubaan-percubaan merbahaya pemain Sogdiana.

Kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan walaupun deretan peluang terhidang buat Sogdiana sekali gus mengakhiri separuh masa kedua dengan kedudukan kekal tanpa jaringan. Perlawanan diheret ke 30 masa tambahan.

Advertisements

Tidak banyak yang mampu dilakukan kedua-dua pasukan dalam masa tambahan. Hanya satu percubaan dari pemain Sogdiana pada minit ke-106 tepat ke arah gawang namun Kevin Mendoza sekali lagi bertindak cemerlang dengan menepis percubaan tersebut.

Kedudukan tanpa jaringan itu kekal dan perlawanan berlanjutan kepada penentuan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti, pemain KL City dilihat sangat bersedia dan kesemua pemain yang mengambil tugasan tersebut berjaya menyempurnakannya manakala satu tendangan pemain Sogdiana berjaya diselamatkan Kevin Mendoza sekaligus membawa KL City mara ke perlawanan akhir Piala AFC.

Advertisements

KL City dijadualkan bertemu kelab dari Oman, Al-Seeb Club dalam perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang dijadualkan berlangsung 22 Oktober ini di Stadium KLFA Cheras.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram