Dunia
JST
Advertisements

Baru-baru ini, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui tidak pernah menghadapi situasi kehilangan tonggak utama menjelang sesebuah kejohanan. Seramai 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Situasi tersebut menimbulkan tanda tanya peminat bola sepak tanah air yang pasti mengharapkan skuad kebangsaan dapat melakar kejayaan dalam kejohanan bola sepak Asia Tenggara itu. Daripada 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan, 11 pemain adalah dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri mengapa 11 pemain JDT tidak dapat mengikuti kem latihan kali ini.

Advertisements

“Pemain tidak menolak buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan. Kita boleh tengok dengan performance pemain dalam national team apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA,” coret TMJ di instagram story miliknya.

TMJ dalam masa yang sama melihat Piala AFF sebagai piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingannya. Ini kerana pemain-pemain tidak dapat cuti yang mencukupi selepas setahun bermain bola sepak.

“Kita (Malaysia) adalah satu-satunya negara yang training camp paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep eropah di mana training camp hanya seminggu sebelum perlawanan. Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.

Advertisements

“Contoh pemain lapor diri pada Januari, Piala AFF habis 15 Januari. Bila nak dapat cuti?,” luah TMJ.

tmj story "Piala AFF Adalah Piala Yang Mengacau Pemain" - TMJ
Kredit: Instagram Story TMJ.

Walaupun ketiadaan 12 pemain yang tidak dapat mengikuti kem latihan skuad kebangsaan kali ini, namun pasukan Malaysia masih dapat mengumpulkan pemain-pemain berkualiti seperti Faisal Halim, Brendan Gan, Syihan Hazmi dan pemain naturalisasi terbaru, Lee Tuck.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram