Piala AFF: Kemboja Mudah Belasah Brunei
Piala AFF
Astro Arena
Advertisements

Kemboja memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dengan menewaskan Brunei dalam aksi keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo hari ini.

Sebaik sepak mula, Kemboja mula mengasak pertahanan Brunei diketuai penjaga gol Haimie Abdullah Nyaring. Dan mereka hampir mendahului seawal minit kesembilan menerusi tandukan Nick Taylor selepas menerima hantaran Sa Ty. Bagaimanapun, ia mudah diselamatkan oleh Haimie.

Brunei yang dibimbing Mario Rivera lebih banyak bertahan sekali-sekala melancarkan serangan balas. Hal ini cuba dieksploitasi oleh Pahlawan Angkor yang terus mencari ruang kosong pertahanan bagi memecah kebuntuan.

Advertisements

Kegagalan tuan rumah memanfaatkan peluang yang terhidang dihukum skuad Tebuan menerusi gol Norikhwan Othman pada minit ke-21. Dia yang tidak dikawal mudah menanduk hantaran sepakan sudut Hakeme Yazid melepasi penjaga gol Kemboja, Keo Soksela.

Tersentak, Kemboja cuba bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi bek tengah Choun Chanchav pada minit ke-31. Tes Sambath berjaya melepasi kawalan dua pemain Brunei sebelum melorongkan bola kepada Chanchav. Walaupun berjaya ditampan Haimie, Chanchav berjaya menanduk bola ke gawang Brunei yang kosong.

Advertisements

Kemboja terus meningkatkan asakan bagi memburu gol kedua. Malangnya, penyudah tumpul barisan penyerang Pahlawan Angkor terus mengecewakan penyokong tuan rumah termasuk cubaan jarak dekat Reung Bunheing pada minit ke-42. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Kemboja dianugerahkan sepakan penalti selepas Taylor berlanggar dengan Haimie semasa cuba menjaringkan gol pada minit ke-50. Penyerang Orlando City B itu mudah menewaskan Haimie bagi meletakkan tuan rumah di depan.

Advertisements

Kemboja sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-72. Kali ini, giliran Keo Sokpheng pula muncul sebagai penjaring menewaskan Haimie. Lapan minit selepas itu, Lim Pisoth menjaringkan gol jarak jauh bagi melebarkan kelebihan Pahlawan Angkor terhadap skuad Tebuan.

Pisoth kemudiannya menyumbat gol kelima tuan rumah pada minit ke-89. Penyerang Phnom Penh Crown itu mengacah-acah Wafi Aminuddin sebelum melepaskan rembatan melepasi Haimie. Keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Walaupun mengutip enam mata dari tiga perlawanan Kumpulan A, Kemboja masih ada harapan untuk layak ke separuh akhir. Tetapi mereka perlu mengharapkan ihsan Filipina menewaskan Indonesia di Manila pada 2 Januari 2023. Sementara anak-anak buah Keisuke Honda pula perlu mencipta kejutan ke atas Thailand pada hari sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram