Piala Agong: Bintang Samoa Perkuat Skuad Ragbi Johor
UltraSukan
ASM Clermont Auvergne

Cabaran Johor dalam saingan Piala Agong 2026 diperkuatkan dengan kehadiran bintang Samoa, Tim Nanai-Williams.

Penyertaan bekas bintang Toulouse berusia 36 tahun itu disahkan Kesatuan Ragbi Johor (JRU) menerusi satu kenyataan di semua platform rasmi mereka.

“Tim Nanai-Williams menyertai Kesatuan Ragbi Johor untuk Piala Agong 2026. Pemenang yang terbukti dengan pengalaman di peringkat tertinggi – satu rangsangan besar kepada pasukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nanai-Williams bukan asing dengan pengalaman beraksi di luar negara. Ini kerana beliau pernah mewakili Ricoh Black Rams (Japan), ASM Clermont Auvergne (Perancis) dan Toulouse (Perancis).

Bekas bintang Chiefs itu juga memiliki 16 penampilan bersama Samoa di peringkat antarabangsa. Nanai-Williams juga pernah mewakili Samoa dalam saingan Piala Dunia Ragbi edisi 2015 dan 2019.

Beliau juga memiliki hubungan kekeluargaan dengan legenda ragbi New Zealand dan Ikon Sukan Johor, Sonny Bill Williams. Ini kerana kedua-duanya merupakan sepupu.

Nanai-Williams bukan satu-satunya pemain import yang dibawa Johor untuk kempen Piala Agong 2026. Johor turut merekrut pemain New Zealand, Adam Brash.