Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo cemerlang membantu pasukannya Al-Hilal menjulang trofi Piala Kelab Arab 2023.
Babak pertama aksi final Piala Kelab Arab yang berlangsung di Stadium King Fahd ini menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencetak gol. Al-Hilal dan Al-Nassr menamatkan aksi separuh masa pertama dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, Al-Hilal bermula garang menerusi penyerang import, Michael Ricard yang memecah kebuntuan pada minit ke-51 permainan. Tandukan pemain dari Brazil itu memastikan Al-Hilal mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Al-Nassr terus menerus mengasak demi mencari gol penyamaan. Cristiano Ronaldo hadir memberi nafas baru buat Al-Nassr pada minit ke-74 permainan.
Ronaldo tenang menyambar hantaran lintang daripada Al-Ghanam untuk gol pertama Al-Nassr. Tapping cantik dari Ronaldo gagal dihalang dan diselamatkan penjaga gol Al-Hilal, Al-Owais.
Skuad Al-Nassr terus tempang, terpaksa beraksi seramai sepuluh orang pemain apabila Nawaf Boushal dilayangkan kad merah oleh pengadil.
10 minit selepas jaringan terhasil, Cristiano Ronaldo sekali lagi hadir mencemaskan penyokong dan peminat pasukan Al-Hilal. Larian bertenaga Ronaldo berjaya lepasi benteng pasukan lawan sebelum satu rembatan dilepaskan Ronaldo dan terus mengegar jaring.
Bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan pengadil kerana kapten Al-Hilal itu dikesan berada dalam kedudukan offside.
Aksi 90 minit permainan tamat dengan keputusan 1-1 dan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
Bersambung aksi di masa tambahan, kedua-dua pasukan terus berusaha mencuba mencari gol. Beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan bagi menambah tenaga baru di atas padang.
Pada minit ke-98 permainan, Cristiano Ronaldo muncul wira Al-Nassr apabila tandukkannya meragut hasrat pasukan lawan. Percubaan jarak jauh Seko Fofana yang terkena palang dimanfaatkan Ronaldo dengan satu tandukan.
Sebelum wisel penamat ditiupkan pengadil, Al-Hilal tak henti melancarkan serangan dan beberapa kali berjaya melepasi kawalan pertahanan Al-Nassr. Namun ketangkasan yang ditampilkan penjaga gol Al-Nassr, N Alaqidi memastikan kubu Al-Nassr tidak dibolosi lawan.
Tandukan Ronaldo menjulang Al-Nassr untuk trofi trofi pertama dijulang Al-Nassr musim ini. Piala ini juga merupakan piala pertama buat Ronaldo sejak ketibaannya di bumi Arab Saudi.
Al-Nassr bergelar juara Piala Kelab Arab 2023, menundukkan cabaran Al-Hilal dengan keputusan 2-1.