Piala Asia: AFC Letak Arif Aiman & Lee Kang-in Dalam Kelompok Bintang Elit Di Qatar
Asia
MakanBola
AFC
Advertisements

Bakat bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman terus menjadi perhatian menjelang sepak mula kejohanan Piala Asia tidak lama lagi.

Ini selepas bintang berusia 22 tahun itu tersenarai dalam 5 Bintang Muda Terhebat Di Qatar yang dikeluarkan oleh AFC baru-baru ini.

Advertisements

Menerusi laman web rasmi AFC, terdapat beberapa nama pemain muda yang dilihat sebagai prospek masa depan bola sepak Asia termasuklah Arif Aiman itu sendiri.

Nama Arif Aiman diangkat AFC selepas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim untuk membantu JDT menjulang kejuaraan treble musim 2023.

Advertisements

Beliau juga turut mencuri tumpuan ketika turun beraksi di pentas antarabangsa dengan 6 jaringan dan 5 bantuan jaringan sepanjang 9 penampilan pada tahun 2023 bersama skuad Harimau Malaya.

Selain Arif, Bintang PSG, Lee Kang-in juga turut tersenarai bersama memandangkan bintang muda Korea Selatan itu turut menampilkan aksi memukau di peringkat kelab dan negara. Ini sekaligus menjadikannya salah satu tonggak penting Taeguk Warrior pada edisi kali ini.

Pemain muda Jepun iaitu Takefuso Kubo, Ali Jasim dari Iraq dan Abbosbek Fayzullaev (Uzbekistan) melengkapkan senarai 5 Bintang Muda Terbaik yang dikeluarkan oleh AFC.

Advertisements

Arif Aiman kini dalam persiapan akhir bersama skuad Harimau Malaya sebelum turun memulakan aksi di pentas Piala Asia berdepan Jordan pada 16 Januari nanti.

News Comments Account