Cabutan undi Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2027 menyaksikan skuad Malaysia B-19 berada dalam Balang 4.
ASEAN Football melaporkan 16 negara yang layak termasuk tuan rumah, China akan diundi dalam empat kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi empat pasukan.
Setiap pasukan diletakkan dalam balang berdasarkan prestasi masing-masing dalam pusingan kelayakan. Malaysia layak selaku naib juara Kumpulan H dan kekal tanpa tewas sepanjang tiga aksi peringkat kumpulan.
Selain berjaya mengikat negara jiran, Indonesia dan juara edisi sebelumnya, Australia, anak buah Shukor Adan turut menewaskan Laos 2-1 dalam aksi terakhir kumpulan.
Kejayaan itu sudah cukup buat skuad muda negara mengiringi Indonesia ke Piala Asia B-20 selaku juara dan naib juara Kumpulan H.
Selain Malaysia, India, Korea Utara dan Lubnan berada dalam balang sama. Indonesia pula dalam Balang 3 bersama Thailand, Oman dan Turkmenistan.
Uzbekistan berada dalam Balang 2 bersama tiga negara Asia Barat iaitu Jordan, Iran dan Iraq. China pula dalam Balang 1 bersama Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi.