Asia
FA Malaysia
Advertisements

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah berkongsi 5 pemain yang bakal menjadi tumpuan di Piala Asia 2023 dimana bintang muda Malaysia turut tersenarai.

5 pemain ini mempamerkan aksi luar biasa dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari sekali gus berjaya menarik perhatian FIFA.

1. Junya Ito (Jepun)

Advertisements
junya ito Piala Asia: FIFA Kongsi 5 Pemain Tumpuan, Bintang Malaysia Turut Tersenarai

Kelincahan Junya Ito telah membantu Jepun menang besar ke atas Syria dalam aksi kelayakan Piala Dunia tempoh hari.

Pemain sayap berusia 30 tahun ini menyumbang 4 bantuan jaringan dalam kemenangan 5-0 Jepun terhadap Syira malah Ito telah menjaringkan 4 gol dan 3 bantuan jaringan dalam aksi persahabatan antarabangsa tahun ini.

Ito memenuhi kehendak taktikal jurulatih Hajime Moriyasu apabila Jepun kini gemar melakukan serangan balas yang pantas dimana Jepun merekodkan purata penguasaan bola 34.7% sewaktu menewaskan Jerman dan Sepanyol di Piala Dunia Qatar.

Advertisements

2. Cho Gue-sung (Korea Selatan)

Cho Gue-sung meledak 2 gol sewaktu menentang Ghana di Piala Dunia Qatar yang lalu dan pemain ini turut menyumbang 1 gol dan 1 bantuan jaringan sewaktu Korea Selatan menang 5-0 ke atas Singapura tempoh hari.

Kekuatan fizikal pemain berketinggian 1.89 m ini senjata rahsia jurulatih Jurgen Klinsmann dalam beberapa perlawanan.

Advertisements

Berusia 25 tahun, Gue-sung antara penyerang yang dibawa ke Piala Asia selain Son Heung-min, Hwang Hee-chan dan Oh Hyeon-gyu.

3. Harry Souttar (Australia)

Pemain Leicester City, Harry Souttar bakal menjadi sandaran utama Australia dibahagian pertahanan pasukan.

Advertisements

Pertahanan tinggi lampai 1.98 m ini amat berbahaya diudara dan turut mampu memberikan ancaman dalam situasi bola mati.

Harry Soutar turut menyumbang 2 gol sewaktu melawan Bangladesh dan Palestin dalam aksi kelayakan Piala Dunia tempoh hari.

4. Arif Aiman (Malaysia)

3 bantuan jaringan daripada Arif Aiman sewaktu kemenangan dramatik 4-3 Malaysia ke atas Kyrgyzstan tempoh hari telah menarik perhatian ramai.

Malah Arif turut berjaya meledak 6 gol dalam aksi persahabatan antarabangsa tahun ini dimana beliau menjaringkan 4 gol dalam kemenangan besar 10-0 Malaysia ke atas Papua New Guinea.

Pemain sayap ini turut menyumbang 12 gol dan 11 bantuan jaringan buat pasukan JDT dalam Liga Super 2023.

5. Harib Abdalla (UAE)

Harib Abdalla adalah penyerang yang menamatkan rekod hebat Korea Selatan dalam kelayakan Piala Dunia 2022 apabila jaringan tunggal beliau berjaya mengalahkan Korea Selatan.

Baru berusia 21 tahun, pemain ini mula menjadi pilihan jurulatih Paulo Bento berbanding penyerang berbisa UAE, Ali Mabkhout apabila Harib diturunkan dalam kesebelasan utama sewaktu UAE menewaskan Bahrain 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram