Piala Dunia 2026: Argentina Ke Final, Misi England Ranap Sekelip Mata
MakanBola
AFA Seleccion

Tiket final Piala Dunia 2026 menjadi milik Argentina selepas bangkit penuh bergaya untuk menyingkirkan England dalam aksi separuh akhir.

England terpaksa akur terlepas peluang untuk ke final selepas gagal untuk mempertahankan kelebihan satu gol sebelum Argentina bangkit mencatat kemenangan 2-1 dan melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2026 ini.

Kesebelasan utama England diketuai oleh Harry Kane sambil dibantu Jude Bellingham dan Morgan Rogers di bahagian serangan manakala Argentina pula membariskan bintang utama seperti Lionel Messi serta Julian Alvarez.

Kebuntuan terlerai pada minit ke-55 apabila hantaran silang Morgan Rogers disambar pantas Anthony Gordon menerusi satu serangan pantas balas yang berjaya memerangkap pertahanan Argentina untuk meletakkan England 1-0 di hadapan.

Kebangkitan di saat akhir apabila Enzo Fernandez dan Lautaro Martinez muncul wira Argentina dengan dua jaringan dalam tempoh 10 minit akhir untuk meranapkan impian England ke perlawanan akhir selepas 60 tahun.

Aksi 90 minit berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak Argentina.