Piala Dunia 2026: Debaran Aksi 8 Negara & Jadual Siaran Suku Akhir
MakanBola
EDM/SEF/EFT

Ini senarai 8 negara Piala Dunia 2026 yang melangkah ke suku akhir beserta jadual lengkap.

Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 kini memasuki peringkat mendebarkan apabila hanya 8 negara yang berbaki dalam usaha perebutan takhta selaku juara bagi edisi ke-23 diketuai oleh Argentina yang membawa status juara bertahan.

Selain Argentina, beberapa pasukan tumpuan juga mengesahkan tempat di pusingan suku akhir kali ini antaranya finalis edisi lalu, Perancis, England, Sepanyol selain negara yang pernah menghuni ranking nombor satu dunia iaitu Belgium.

Kehadiran pasukan seperti Maghribi, Norway dan Switzerland di suku akhir ini pula tidak boleh dipandang sebelah mata selepas beberapa kejutan telah berlaku sepanjang kejohanan Piala Dunia 2026 berlangsung membabitkan pasukan gergasi.

Aksi suku akhir yang diramal menjadi tumpuan tentunya pertemuan antara Perancis vs Maghribi dengan kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi setelah kali terakhir, pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 yang dimenangi Les Blues.

Selain itu, aksi Norway vs England juga bakal menjanjikan pertemuan yang hangat dengan kehadiran bintang-bintang terkemuka yang pastinya menjadi tumpuan seperti Harry Kane, Jude Bellingham, Erling Haaland serta Martin Odegaard.

Senarai Negara Ke Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2026.

1- Maghribi. 
2- Perancis. 
3- Norway. 
4- England. 
5- Sepanyol. 
6- Belgium. 
7- Argentina. 
8- Switzerland.

Jadual Aksi Suku Akhir Piala Dunia 2026

Perancis vs Maghribi.
Tarikh: 10 Julai 2026.
Waktu: 4 Pagi Waktu Malaysia.

Sepanyol vs Belgium.
Tarikh: 11 Julai 2026.
Waktu: 3 Pagi Waktu Malaysia.

Norway vs England.
Tarikh: 12 Julai 2026.
Waktu: 5 Pagi Waktu Malaysia.

Argentina vs Switzerland.
Tarikh: 12 Julai 2026.
Waktu: 9 Pagi Waktu Malaysia.