Piala Dunia FIFA: England Buat Panama Pulang Sengsara
MakanBola
FEPAFUT

England menamatkan kempen Panama di Piala Dunia FIFA dengan penuh sengsara setelah merekodkan kemenangan besar dalam perlawanan terakhir kumpulan L pada awal pagi Ahad.

Kemenangan 2-0 England ke atas Panama sudah pun memadai buat skuad The Three Lions itu melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan L dengan Jude Bellingham menjadi watak penting pada aksi kali ini.

Walaupun sudah layak, England masih membariskan kesebelan utama yang dimiliki seperti Harry Kane yang memakai lilitan kapten manakala Panama turun dengan formasi 5-4-1 ditunjangi pemain tengah berpengalaman, Yoel Barcenas.

Selepas buntu di babak pertama, England menggandakan usaha dan berjaya meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-62 menerusi tendangan voli pemain tengah, Jude Bellingham berpunca daripada hantaran silang Bukayo Saka.

Kelibat Jude Bellingham sekali lagi menjadi tumpuan setelah tonggak Real Madrid itu menyumbang bantuan gol buat penyerang, Harry Kane selang 5 minit kemudian sekaligus meletakkan England selesa memimpin permainan 2-0.

Aksi 90 minit permainan berakhir dengan kemenangan 2-0 buat England sekali gus meletakkan The Three Lions di kedudukan teratas kumpulan L diikuti Croatia di tempat kedua, Ghana di tangga ketiga dan Panama akhiri kempen di tempat tercorot.