Piala Dunia FIFA: USA Benam Bosnia, Mara Ke Pusingan 16 Terbaik
MakanBola
US MNT

Amerika Syarikat (USA) tidak berdepan masalah untuk menewaskan Bosnia dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.

Kemenangan ini dilakar oleh USA selepas satu gol di setiap babak aksi sudah memadai untuk negara tuan rumah itu menempah tempat pusingan 16 terbaik dengan bergaya.

Gandingan Folarin Balogun serta bekas pemain Chelsea, Christian Pulisic menjadi senjata utama USA bagi mencari gol manakala Bosnia pula menurunkan pertahanan berketinggian 2 meter, Stjepan Radeljic untuk mematahkan setiap asakan pihak lawan.

USA berjaya membuka gol pembukaan pada penghujung separuh masa pertama selepas rembatan mudah Folarin Bologun berjaya menewaskan penjaga gol Bosnia, Nikola Vasilj.

Kubu gawang Bosnia bocor buat kali kedua pada minit ke-82 aksi setelah sepakan percuma cantik oleh pemain kacukan USA-Jerman, Malik Tillman berjaya menewaskan penjaga gol The Dragons itu.

Keputusan penuh perlawanan menyaksikan USA menewaskan Bosnia 2-0 sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.

Pasukan tuan rumah, Amerika Syarikat (USA) menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk lolos ke pusingan 16 terbaik dan bakal bertemu Belgium pada 7 Julai.