Perlawanan pertama Piala Dunia FIFA Kumpulan D menyaksikan tuan rumah, Amerika Syarikat (USA) menepati ramalan apabila menewaskan Paraguay.
Beraksi di Stadium Los Angeles, Inglewood, tuan rumah menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti kapten pasukan, Christian Pulisic dan McKennie menjadi pilihan utama.
USA berada di depan seawal minit ketujuh permainan selepas pemain tengah Paraguay, Damian Bobadilla tertampan masuk bola ke gawang sendiri.
Peledak berbisa USA, Folarin Balogun mudah untuk menyempurnakan hantaran rakan sepasukan untuk gol kedua pasukan sebelum menanbah derita Paraguay kendalian Gustavo Alfaro menerusi satu jaringan cantik pada babak akhir separuh masa pertama untuk memastikan kedudukan selesa buat tumah rumah.
Aksi babak pertama tamat dengan USA 3, Paraguay tanpa sebarang jaringan.
Bersambung babak kedua, dominasi USA terus gah untuk menutup segala gerakan Paraguay yang mencari gol pertama pasukan.
Pemain Strasbourg, Julian Enciso memiliki peluang terbaik untuk memecah jaringan Paraguay menerusi satu larian pantas namun percubaannya terkena kaki pertahanan USA.
Paraguay berjaya mendapatkan jaringan pertama pasukan menerusi satu serangan sebelum rembatan Mauricio berjaya menewaskan Matthew Freese pada minit ke-72.
Giovani Reyna memastikan kemenangan besar ke atas Paraguay menerusi jaringan cantik pada masa kecederaan buat USA.
Perlawanan tamat dengan kemenangan memihak kepada USA dengan keputusan 4-1 ke atas Paraguay.
Aksi kedua Kumpulan D menyaksikan USA bakal menentang Australia pada 20 Jun manakala Paraguay akan berdepan Turkiye juga pada hari yang sama.