Piala EFL: Liverpool Kecewakan Chelsea Lagi Di Final
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Chelsea gagal melunaskan dendam dua tahun lalu seleps terpaksa akur tunduk di tangan Liverpool dalam perlawanan akhir Piala EFL 2023/2024.

Pertemuan di antara dua pasukan ini seakan aksi ulangan final Piala EFL dan Piala FA pada musim 2021/2022 lalu yang menyaksikan The Reds mengecewakan Chelsea dalam kedua-dua aksi selepas muncul juara menerusi sepakan penalti selepas 120 minit berakhir tanpa gol.

Aksi yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan kedua-dua pasukan giat memburu jaringan awal dengan Luis Diaz berpeluang membuka tirai jaringan namun rembatannya ditepis keluar penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic.

Advertisements

Chelsea berjaya menerjah gawang Liverpool terlebih dahulu menerusi pemain sayap, Raheem Sterling, malangnya, jaringan tersebut dibatalkan kerana kedudukan Nicolas Jackson yang melakukan hantaran sebelum itu berada dalam keadaan ofsaid.

Kebuntuan jaringan berterusan sehingga tamat separuh masa pertama.

Selepas sejam bermain, giliran Liverpool pula merobek gawang Chelsea menerusi tandukan kapten, Virgil Van Dijk, akan tetapi, pengadil membatalkan gol tersebut atas dakwaan salah seorang pemain Liverpool berada dalam kedudukan ofsaid.

Advertisements

Conor Gallagher mempunyai peluang untuk meletakkan Chelsea di depan menerusi percubaan satu lawan satu namun berjaya dinafikan Caoimhin Kelleher yang diberi tugas menjaga gawang Liverpool pada perlawanan ini.

Tambahan masa enam minit gagal dimanfaatkan kedua-dua pasukan sekaligus menamatkan 90 minit dengan keputusan 0-0.

Aksi dilanjutkan ke tambahan masa 30 minit yang menyaksikan Virgil Van Dijk muncul wira Liverpool dengan gol tunggal perlawanan hasil tandukan daripada sepakan penjuru Konstantinos Tsimikas pada minit ke-118.

Advertisements

Tamat aksi 120 minit, Chelsea 0-1 Liverpool.

Ini merupakan kejuaraan ke-10 buat The Reds selepas kali terakhir menjulang piala ini pada musim 2021-2022 di mana ketika itu anak-anak buah Jurgen Klopp mengecewakan Chelsea menerusi sepakan penalti 11-10.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram