Piala FA: 4 Pemain Jadi Tumpuan Aksi ‘Panas’ JDT & KL City
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City FC menyaksikan perebutan Piala FA terus menjadi bualan hangat.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim ini mengulangi persaingan sengit kira-kira dua tahun lalu apabila dua pasukan ini berentap di pentas final Piala Malaysia yang dimenangi oleh The City Boys.

Berikut merupakan empat pemain yang menjadi tumpuan bagi aksi penting malam ini.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT)

1. Syihan Hazmi

Advertisements

Penjaga gol pasukan JDT ini menjadi pilihan utama untuk mengemudi gawang gol pasukan.

Pemain berusia 27 tahun itu hanya bolos tiga gol selepas 17 perlawanan Liga Super musim ini selain mencatatkan rekod bersih tanpa bolos di pentas Piala FA musim ini.

Advertisements

Ketangkasan anak jati Kelantan ini memastikan rekod kebal terutamanya bakal dikekalkan selain berada pada momentum terbaik bersama Harimau Selatan setakat ini.

Syihan dijangka akan terus menjadi sandaran utama Tano Solari untuk turun dalam kesebelasan utama berdepan KL City.

Advertisements

2.Arif Aiman

Pemain sayap lincah ini menjadi pilihan utama JDT untuk terus memberikan masalah kepada lawan.

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun 2021 dan 2022 ini memiliki rekod jaringan yang cukup baik di pentas Piala FA apabila menjaringkan hatrik berdepan Selangor pada aksi separuh akhir.

Arif juga telah menjaringkan 6 gol dan mencatat 10 bantuan gol dalam saingan Liga Super musim ini sekaligus menyaksikan

KL City

1.Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan kental KL City ini sekali lagi menjadi sandaran pasukan untuk mengekang cabaran trio serangan JDT yang diketuai oleh Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi pilihan utama Bojan Hodak untuk memimpin pertahanan pasukan tatkala kelibatnya banyak memberi kelebihan buat pasukan.

Giancarlo sekali lagi bakal menggalas tanggungjawab penting untuk memastikan gawang gol pasukannya tidak dibolosi lawan.

2.Paulo Josue

Kapten KL City ini menjadi tunjang utama pasukan sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Pemain naturalisasi negara ini terus cemerlang pada musim 2023 apabila mnejadi pemain Kl City paling banyak menjaringkan gol dan mencatat bantuan gol.

Kecemerlangan bintang kelahiran Brazil ini sudah pasti ditagih tatkala gandingannya bersama Romel Morales dijangka menjadi pilihan utama Bojan berdepan JDT.

Kesimpulan:

Perlawanan penting ini bakal menjadi penentu sama ada JDT mampu mengekalkan trofi yang dimenangi sekali lagi atau tumpas kali kedua kepada lawan yang sama sejak kali tarakhir kira-kira dua tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram