Piala Malaysia: Negeri Sembilan Jinakkan Kedah Di Darul Aman
Dunia
Kedah darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada pasukan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Perlawanan berlangsung dengan keadaan padang yang becak selepas bandar Alor Setar mengalami hujan lebat sejak lewat petang.

Kedah yang kini dilatih Victor Andrag selaku jurulatih interim, memulakan perlawanan dengan agak baik dan berjaya mendahului perlawanan seawal minit ke-7 hasil rembatan leret dari Fayadh Zulkifli sekali gus menjadikan kedudukan 1-0 memihak Kedah.

Advertisements

Tersentak dengan gol tersebut, Negeri Sembilan menggandakan asakan untuk cuba mendapatkan gol penyamaan. Permukaan padang yang becak jelas sekali merencatkan tempo permainan kedua-dua pasukan.

Negeri Sembilan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-41 selepas Che Rashid Che Halim meledak melalui satu rembatan deras kaki kiri.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung separuh masa kedua, Negeri Sembilan meneruskan asakan ke kubu Kedah bagi mendapatkan lagi jaringan. Negeri Sembilan dilihat menguasai perlawanan manakala Kedah dilihat agak bergelut untuk mendapatkan rentak.

Hasil serangan bertali arus ke gawang Kedah, Negeri Sembilan akhirnya buat pertama kali di hadapan dalam perlawanan ini apabila Matheus Alves melakukan tandukan mudah pada minit ke-67 yang akhirnya menewaskan Ifwat Akmal di gawang Kedah.

Kedah cuba meningkatkan tempo permainan dengan serangan bertali arus ke gawang Negeri Sembilan yang dijaga Syihan Hazmi. Namun begitu tiada gol tambahan yang dapat dihasilkan sehingga wisel penamat ditiupkan dan kedudukan kekal 2-1 memihak Negeri Sembilan.

Advertisements

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi pada 1 November di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk aksi timbal balik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram