Aksi final Piala Malaysia 2025 antara JDT vs Sri Pahang boleh ditonton di 3 saluran.
Skuad kendalian Hector Bidoglio mara ke pentas akhir Piala Malaysia dengan rekod baik susulan menenangi dua edisi sebelum ini.
Prestasi Harimau Selatan juga cukup memberangsangkan dalam semua kejohanan musim ini selepas menang 8 daripada 10 aksi terakhir.
Lawan yang menanti di pentas akhir iaitu Sri Pahang FC kali terakhir mara ke pentas final Piala Malaysia adalah kira-kira 10 tahun lalu dan berjaya menumpaskan lawan sama.
Aksi antara JDT menentang Sri Pahang dijadualkan berlangsung jam 9 malam pada 26 April ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Rekod Pertemuan JDT vs Sri Pahang
Rekod aksi lalu menyaksikan JDT meraih empat kemenangan daripada lima perlawanan. Ini termasuk kemenangan 3-1 Harimau Selatan ke atas Tok Gajah dalam Liga Super pada 17 Disember lalu.
Harimau Selatan juga telah merekodkan kemenangan mudah 3-0 menentang Sri pahang pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Live Streaming JDT vs Sri Pahang
Tarikh: 26 April 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)
Siaran Langsung: Astro Arena, Sukan RTM & Okey TV
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.