Advertising
Piala Presiden: Impak Bintang JDT, Sabah & Selangor Curi Tumpuan
Piala Belia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Selepas tamat kempen peringkat kumpulan Piala Presiden 2024, bintang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Sabah FC dan Selangor FC mula mencuri tumpuan.

Bintang-bintang yang dimaksudkan ialah Abdul Raziq Abd Rahman (JDT III), Muhamad Dainei Mat Disa (Selangor), Naim Zainudin (JDT III) dan Jenalter Justin (Sabah).

Keempat-empat pemain ini merupakan penjaring terbanyak pasukan masing-masing dalam saingan Piala Presiden. Gandingan Abdul Raziq dan Naim menghasilkan 20 gol daripada 36 gol yang dihasilkan JDT III dalam Kumpulan A Piala Presiden.

Ad

Bisa kedua-duanya membantu JDT III meraih beberapa kemenangan besar dalam Kumpulan A. Ini termasuk kemenangan 6-0 ke atas KL City FC dan pesta gol 5-0 ke atas Sabah FC.

Ad

Ketajaman yang ditampilkan Abdul Raziq dan Naim memastikan JDT III mara ke peringkat suku akhir dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan.

Impak sama turut ditunjukkan Dainei buat skuad muda Merah Kuning dalam Kumpulan B Piala Presiden. 10 golnya daripada 32 jaringan Selangor di peringkat kumpulan membantu pasukan itu kekal tanpa kalah.

Ad
Ad

Dainei turut membantu Selangor yang dibimbing Firdaus Aziz melakar beberapa kemenangan besar dalam Kumpulan B. Ini termasuk kemenangan 4-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) C dan pesta gol 4-0 ke atas Penang FC.

Ad

Meskipun Sabah gagal mara ke pusingan suku akhir, mereka boleh berbangga kerana Jenalter berada dalam kelompok penjaring terbanyak Piala Presiden.

Penyerang berusia 19 tahun itu menunjukkan bisanya dengan melakar sembilan gol. Ini termasuk hatrik yang dilakar dalam kemenangan 5-1 ke atas Kelantan.

Yang pasti bisa Abdul Raziq, Naim dan Dainei bakal ditagih JDT III dan Selangor untuk pusingan suku akhir Piala Presiden 2024.

Selangor akan menentang Terengganu FC III dengan JDT III pula menentang PDRM FC. Kesemua perlawanan suku akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 3 dan 10 Oktober ini.