Advertisement
Piala Sumbangsih MHL: TNB ’Rampas’ Kejuaraan, Tewaskan THT
UltraSukan
UltraSukan
MHC

Tenaga Nasional Berhad (TNB) bergelar juara Piala Sumbangsih setelah menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) pada Rabu.

THT yang turun sebagai pasukan pilihan dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemain import TNB, Jang Jong Hyun seawal minit ketiga permainan. Jaringan itu terhasil menerusi pukulan sudut penalti yang diberikan.

Suku pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0.

Menuju ke suku kedua permainan, TNB menambah duka buat pasukan lawan selepas pemain gantian, Amirul Hamizan mencatat nama sebagai penjaring.

THT bagaimanapun tak mudah menyerah, selang seminit selepas itu kapten pasukan, Fitri Saari menjaringkan gol pertama buat TNT. Pukulan kencang Fitri cantik mengegar jaring menewaskan penjaga gol, Hairi Abd Rahman.

Aksi di suku kedua tamat, TNB mendahului aksi dengan keputusan 2-1.

Bersambung di suku keempat permainan, THT bangkit menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Fitri Saari yang tenang menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-49 permainan.

Keputusan seri ini menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa beradu nasib di penentuan penalty shootout.

TNB berjaya tumbangkan THT dengan keputusan 3-1 di penentuan penalti tersebut.