Advertisements
Police Tero Ucap Terima Kasih Kepada JDT
Asia Tenggara
MakanBola
Police Tero

Pasukan Liga 1 Thailand, Police Tero FC mengucapkan terima kasih kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) atas layanan hebat yang diberikan sebagai tuan rumah.

Police Tero yang kini dibimbing oleh Tan Cheng Hoe hadir ke Johor Bharu untuk menjalani kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 Mac nanti.

Menerusi satu temu bual kepada Scoop, Cheng Hoe memberitahu bahawa beliau berterima kasih kepada JDT dan yakin penggunaan fasilit bertaraf dunia ini akan membantu persiapan pasukannya.

“Saya mahu pemain saya mengalami persekitaran baharu dengan meminta mereka berlatih di kemudahan bertaraf dunia di rantau ini, dan ketika itulah pengurusan kelab menghubungi JDT untuk mendapatkan bantuan, dan mereka bersetuju membenarkan pemain kami menggunakan kemudahan mereka untuk latihan.”

“Kita semua tahu standard kemudahan JDT, kerana mereka mempunyai segala-galanya di kelab mereka dengan semua teknologi latihan terkini. Saya tidak mengatakan bahawa kemudahan kami tidak cukup baik, tetapi kemudahan di JDT jauh lebih baik dan akan memberikan pemain kami kelebihan yang lebih baik dalam persembahan mereka.”

Cheng Hoe juga sempat menitipkan penghargaan kepada pemilik JDT, DYAM TMJ atas bantuan yang diberikan untuk pemain Police Tero menggunakan pusat latihan JDT.

“Saya ingin meluangkan masa ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana telah berbaik sangka dan menghulurkan bantuan bagi menyediakan pemain saya sepanjang musim ini.”

“Pasukan kelihatan lebih bersemangat, dan kami akan bekerja keras untuk memastikan kami menamatkan musim kami dengan cemerlang dengan baki sembilan perlawanan,” kata Cheng Hoe ketika dihubungi oleh Scoop.

Selain itu, Police Tero juga telah membuat satu hantaran di laman sosial untuk mengucapkan terima kasih ataa layanan yang diberikan oleh JDT bagi menyambut kehadiran mereka.

Ketika ini, Police Tero menghuni tangga ke-14 Liga 1 Thailand dengan 20 mata selepas 21 perlawanan dan bakal meneruskan baki 9 perlawanan selepas ini.