Polking: Liga Thailand Liga Terbaik Asia Tenggara
Asia
Alexandre Polking/Bangkok Post
Advertisements

Isu pembayaran gaji pemain sentiasa membayangi liga-liga negara Asia Tenggara dari Malaysia hingga Vietnam. Isu ini secara tidak langsung menjejaskan kualiti profesionalisme liga-liga berkenaan. Mungkin ada yang terasa tetapi itu hakikat yang dinyatakan oleh jurulatih Thailand, Alexandre Polking.

Polking yang turut dikenali sebagai Mano menyifatkan pengurusan liga negara-negara ASEAN sebagai kurang baik. Ini kerana ada pasukan yang didapati berhutang gaji dengan pemain selama beberapa bulan. Jika di Malaysia, ini bukan cerita baru. Tetapi Polking yang pernah menguruskan Ho Chi Minh City mendedahkan perkara sama turut berlaku di Liga Vietnam.

Dalam temubualnya bersama CNN Indonesia, beliau berkata, “Apabila saya datang ke Vietnam, saya mengetahui sejarah beberapa kelab yang berhutang gaji selama tiga hingga lima bulan. Maaf tetapi banyak kelab Vietnam sangat tidak profesional. Sudah menjadi lumrah kejohanan tidak dapat menarik pemain asing yang berkualiti. Kerana tiada siapa yang mahu bekerja tanpa dibayar.”

Advertisements

Oleh sebab itu, selepas melihat perkembangan liga-liga di Asia Tenggara, beliau merasakan Liga Thai sebagai liga terbaik ASEAN ketika ini. Ini kerana tidak seperti liga-liga lain yang dibelenggu masalah tunggakan gaji, ia tidak berlaku di negara Gajah Putih itu.

Justeru, Polking merasakan kualiti pengurusan dan profesionalisme liga ASEAN perlu ditambahbaik demi kebaikan bola sepak serantau. Ini kerana apabila dua aspek berkenaan dijaga, kebajikan pemain terus terpelihara sekaligus membantu mereka menunjukkan prestasi terbaik di atas padang.

Seandainya isu ini tidak menemui titik penyudah, Polking merasakan lebih baik bagi para pemain ASEAN untuk mencuba nasib di luar negara. Selain memastikan kebajikan mereka terus terpelihara, mereka juga dapat bermain dengan pemain yang lebih berkualiti. Secara tidak langsung, ia membantu menambah kualiti pasukan kebangsaan masing-masing di peringkat antarabangsa. Kelibat pemain yang beraksi di luar negara seperti Chanathip Songkrasin dan Thanawat Suengchitthawon membantu Thailand menang Piala AFF 2020 baru-baru ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram