Salah sebuah Portal di United Kingdom (UK) telah melaporkan berita Mats Deijl bakal mewakili Malaysia.
Baru-baru ini, tonggak utama Go Ahead Eagles itu memaklumkan bahawa proses dokumentasinya telah pun selesai.
Beliau memberitahu bahawa segala dokumen telah diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkannya mewakili Harimau Malaya.
“Kertas kerjanya sudah selesai. Segala dokumen yang mereka minta telah pun saya serahkan iaitu sijil lahir datuk saya.
“Segala dokumen yang diperlukan untuk saya mewakili Malaysia telah pun sampai kepada pihak yang berkepentingan (FAM). Secara dasarnya, semuanya sudah selesai,” katanya kepada Tijgerbalsem menurut perkongsian Frfuturetalents.
Khabar itu telah menarik minat salah sebuah portal di Eropah yang tertarik dengan perkembangan melibatkan Deijl yang bakal ke Malaysia.
“Pemain kelahiran Belanda, Mats Deijl berkemungkinan akan mewakili Malaysia dalam masa terdekat,” ujarnya.
Dua lagi pemain dalam proses untuk mewakili Harimau Malaya ialah duo Burnley, Josh Brownhill dan juga Zien Flemming.