Posisi Caion Di Selangor Tidak Selamat
Dunia
Bernama
Advertisements

Walaupun mempamerkan bisa dengan menjaringkan gol yang banyak buat Selangor FC, namun ianya bukanlah tiket utama buat pemain import Selangor, Herlison Caion untuk dikekalkan pada musim akan datang.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe mengenai status Caion pada musim hadapan. Cheng Hoe berpendapat bahawa tiada rombakan besar-besaran untuk Selangor musim hadapan.

Namun antara posisi yang bakal dirombak adalah posisi serangan yang pada pengamatan beliau memerlukan satu penambahbaikan bagi mengharungi saingan musim hadapan yang dijangka lebih sengit dan mencabar.

Advertisements

“Saya rasa bukan satu rombakan besar-besaran dalam pasukan (musim hadapan). Saya lihat kepada semua bahagian, nampak ada peningkatan. Tapi dalam bola sepak, kalau kita tidak menjaringkan gol, kita tidak akan menang.

“Itu mungkin posisi yang perlu kita perbaiki. Kita akan lihat semula adakah perlu kita menukar Caion atau sebaliknya. Sudah tentu dalam tempoh dua bulan bersama Caion, saya nampak beliau sangat komited, beri kerjasama terbaik dan dalam kempen Piala Malaysia beliau merupakan penjaring terbanyak buat Selangor,” jelas Cheng Hoe selepas perlawanan akhir Piala Malaysia.

Untuk musim ini, Caion merupakan penjaring terbanyak keseluruhan buat pasukan Selangor dengan berjaya meledak 24 gol dalam 33 penampilan buat Selangor. Penyerang berusia 32 tahun itu turut merupakan penjaring kedua terbanyak Liga Super selepas Bergson dengan menjaringkan 14 gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram