Konsistensi Matthew Davies Sebagai Pertahanan Tengah Bakal Memeningkan Kim Pan-gon
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertukaran posisi seseorang pemain pastinya memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Keadaan posisi baharu juga akan dapat disesuaikan selepas melalui beberapa percubaan dalam latihan mahupun perlawanan sebenar.

Pertukaran posisi juga mampu untuk menambah kekuatan seseorang pemain untuk menjadi seorang pemain yang versatil. Ianya terjadi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Musim ini, kita dapat lihat bagaimana jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menukar posisi Matthew Davies dari pertahanan kanan menjadi pertahanan tengah.

Davies sudah melalui 3 perlawanan selaku pertahanan tengah dan hanya sekali menjadi pertahanan kanan iaitu ketika perlawanan Liga Super menentang Terengganu di mana JDT menang 2-1.

Advertisements

Perkara menarik mengenai Matthew Davies adalah beliau sangat selesa dengan bola, mempunyai ketenangan dan mempunyai hantaran-hantaran yang tepat. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki beliau sangat sesuai dengan peranan pertahanan tengah sebagai ‘Ball Playing Defender’.

Menjadi Ball Playing Defender juga memerlukan seseorang pemain itu mempunyai visi untuk menghantar bola kehadapan dengan hantaran jauh yang tepat. Kerja beliau tidak terhad seperti pemain pertahanan ‘tradisional’ yang lebih bercorak bertahan.

Terdapat ramai pemain yang memegang peranan selaku Ball Playing Defender yang bertaraf dunia seperti Virgil Van Dijk dan Gerard Pique.

Advertisements

Manakala di JDT, Shane Lowry dan Matthew Davies menjadi dua Ball Playing Defender dalam sistem bek bertiga yang menjadi pilihan Benjamin Mora musim ini. Davies dilihat sangat selesa dengan peranan terbaharu beliau. Beliau juga kerap naik melakukan ‘overlap’ dalam membantu serangan walaupun menjadi seorang pertahanan tengah.

Dengan konsistensi yang dipamerkan Matthew Davies ini, pastinya pengendali pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mempunyai satu lagi pilihan tambahan bagi posisi pertahanan tengah untuk dipanggil ke kem skuad kebangsaan kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram