Potensi Gandingan Tonggak Australia & Jepun Kemudi Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Harimau Malaya berpotensi menerima gandingan pemain dari Australia dan Jepun tidak lama lagi.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal menghadapi aksi ASEAN Hyundai Cup 2026 sebagai ujian berikutnya bersama pasukan kebangsaan.

Malaysia baru sahaja menamatkan kempen Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 namun tidak berpeluang untuk melangkah ke pentas akhir di Arab Saudi.

Harimau Malaya berpeluang untuk menambah kekuatan posisi pertahanan dengan kelibat dua pemain naturalisasi, Giancarlo Gallifuoco dan juga Yuki Tanigawa.

Gallifuoco mengharungi momen cemerlang bersama KL City FC musim ini dengan tampil 25 perlawanan secara keseluruhan buat The City Boys.

Beliau telah beraksi Malaysia selama lima tahun sekali gus melengkapkan syarat untuk beraksi buat pasukan kebangsaan.

Sementara itu, pertahanan Kuching City iaitu Yuki Tanigawa juga menjadi salah seorang calon paling prolifik untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Pertahanan berusia 29 tahun beraksi 33 perlawanan secara keseluruhan musim ini selain sudah pun beraksi di Malaysia sejak tahun 2020.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status Gallifuoco dan Tanigawa untuk bersama pasukan kebangsaan secara muktamad.