Pra-Musim: CD Eldense Beri Kekalahan Pertama Kepada JDT Di Sepanyol
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terpaksa menelan hakikat apabila tewas pada aksi kelima menentang kelab Sepanyol, CD Eldense.

Skuad kendalian Hector Bidoglio mengharungi kempen yang amat baik di Alicente, Sepanyol apabila merakamkan 4 kemenangan berturut-turut.

Kegembiraan itu semakin memuncak apabila skuad Harimau Selatan berjaya menundukkan cabaran CD Alcoyano dengan keputusan tipis 2-1 hasil ledakan Ramadhan Saifullah dan juga Nazmi Faiz Mansor.

Advertisements

Ujian kelima JDT di Sepanyol menyaksikan pasukan memberikan yang terbaik untuk mencabar kehandalan kelab Divisyen dua, CD Eldense.

Babak pertama menyaksikan JDT berjaya menyeimbangkan cabaran lawan sungguhpun terdapat beberapa asakan berbahaya ke arah gawang gol Harimau Selatan.

Barisan pemain yang diketuai oleh watak seperti Jordi Amat, Syihan Hazmi, Matthew Davies, Arif Aiman dan lain-lain menamatkan cabaran 45 minit pertama tanpa sebarang jaringan.

Advertisements

Babak kedua menyaksikan ujian hebat buat wakil Malaysia ini apabila tuan rumah membuka akaun jaringan menerusi ledakan Joel Jolquera pada minit ke-52.

CD Eldense tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan apabila percubaan Marco Doue 8 minit berselang memastikan kedudukan selesa memihak lawan.

Tambahan masa juga menyaksikan keputusan perlawanan kekal 2-0 memihak CD Eldense hingga tamat permainan.

Advertisements

JDT merekodkan 4 kemenangan dan satu keputusan seri dalam 5 perlawanan terakhir pasukan di Sepanyol.

Dua perlawanan akhir akan berlangsung melibatkan JDT dan UD Castellonense dan juga CF Benidorm.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram