Pra-Musim: Gol Memukau Stuart Wilkin Julang Sabah Tewaskan Hougang United
Persahabatan
Sabah FC
Advertisements

Kejohanan 4 penjuru Piala Sabah Maju Jaya hari ini telah membabitkan pertembungan antara pasukan dari Malaysia iaitu Sabah FC menentang wakil dari Singapura, Hougang United.

Beraksi di stadium keramat The Rhinos, pasukan Sabah menurunkan barisan terbaik dengan mempertaruhkan Damien Lim di posisi penjaga gawang sementara menagih ketajaman Darren Lok dan Ramon Mochado di bahagian serangan.

Separuh masa pertama bermula dengan penguasaan permainan banyak membabitkan para pemain Sabah. Biarpun beberapa kali berjaya memberi ancaman kepada pasukan pelawat di kubu lawan, Sabah masih gagal untuk mencetak sebarang jaringan. Hougang United yang dilihat lebih memilih untuk bertahan turut gagal memecah kebuntuan perlawanan.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua permainan, Sabah akhirnya berjaya membuka akaun jaringan pada minit ke-54 permainan menerusi Stuart Wilkin. Percubaan deras dari Stuart Wilkin gagal diselamatkan penjaga gol Hougang, Zaiful.

Advertisements

Bagaimanapun, Hougang sempat mengikat Sabah menerusi pemain import, Stjepan Plazonja pada minit ke-70 permainan selepas pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti buat Hougang.

Pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani menjadi wira The Rhinos sekaligus menutup cerita di Stadium Likas dengan jaringan kemenangan. Sabah menang tipis menewaskan Hougang United, 2-1.

Advertisements

Piala Sabah Maju Jaya akan diteruskan pada Rabu, 1 Mei 2024 melibatkan pertemuan pasukan Sabah yang akan menentang KL City sementara Hougang United pula bakal berentap menentang Kuching City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram