Pra-Musim: Kedah Tewaskan Negeri Sembilan
Persahabatan
KDA FC
Advertisements

Pasukan gergasi dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kembali memberi keyakinan kepada para penyokong pasukan itu apabila berjaya menumbangkan Negeri Sembilan FC dalam aksi persahabatan pra-musim sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kedah dilihat menurunkan 90 peratus pemain utama seperti Milos Gordic, Habib Haroon dan Syafiq Ahmad manakala Negeri Sembilan memulakan aksi dengan hanya menurunkan dua pemain import.

Kedah yang beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri telah menguasai perlawanan dengan tumpuan banyak terarah kepada bahagian tengah yang dikawal baik oleh Halim Saari dan Habib Haroon.

Advertisements

Selepas serangan demi serangan dilancarkan, Kedah akhirnya berjaya di hadapan pada minit ke-26 hasil penyudah menarik Milos Gordic. Penyerang dari Serbia itu meledak selepas menyambar hantaran rakan sepasukannya, Sukhrob Nurulloev.

Ketinggalan satu jaringan, Negeri Sembilan cuba bangkit memberi saingan bagi mendapatkan jaringan penyamaan namun kekebalan benteng Kedah yang diketuai Cleylton jadi penghalang.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 1-0 memihak Kedah.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Kedah memulakan perlawanan dengan agak baik selepas menyaksikan beberapa percubaan berjaya dihasilkan.

Milos Gordic sekali lagi menjadi wira buat Kedah apabila meledak gol kedua Kedah pada minit ke-62 selepas menyudahkan hantaran daripada Rizal Ghazali di bahagian kanan. Kedah kini 2-0 di hadapan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan menggandakan asakan bagi merapatkan kedudukan melalui beberapa gerak serangan yang merbahaya.

Advertisements

Disiplin barisan pemain Kedah yang pantas menekan lawan wajar diberikan pujian apabila setiap serangan yang cuba diatur dapat ditangani dengan kadar segera.

Tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-0 memihak Kedah.

Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal bertemu Penang FC pada 30 April di mana perlawanan tersebut juga menjadi perlawanan ujian Video Bantuan Pengadil (VAR).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram