Pra-Musim: Kelantan Darul Naim Buat Negeri Sembilan Terduduk
Persahabatan
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Kelantan Darul Naim berjaya menundukkan cabaran Negeri Sembilan dalam aksi persahabatan pra-musim di Stadium Sultan Muhammad IV.

Park Jaehong menagih kudrat 10 pemain tempatan dan hanya seorang pemain import Jung Byung Ju yang diturunkan dalam aksi menentang Negeri Sembilan.

Skuad Jang pula menurunkan kesebelasan terbaik yang turut dibarisi pemain import seperti Mika, Aliyu Abubakar dan Takumi Sasaki.

Advertisements

Asraff Aliffuddin mengejutkan pasukan pelawat apabila membuka tirai jaringan buat Kelantan seawal minit ke-7 perlawanan.

Kelantan tampil lebih bertenaga dan kerap menyerang berbanding Negeri Sembilan dalam perlawanan ini namun beberapa percubaan berbahaya gagal menerjah jaring.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan Kelantan Darul Naim mendahului Negeri Sembilan 1-0.

Advertisements

Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan cuba bangkit dengan melakukan beberapa siri percubaan tetapi masih gagal membolosi gawang gol tuan rumah.

Kelantan tampil lebih dominan dalam perlawanan ini sekaligus menyukarkan percaturan Negeri Sembilan untuk meraih gol penyamaan.

Kelantan Darul Naim berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan jaringan 1-0 digelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad IV.

Advertisements

Kelantan sebelum ini tewas tipis ditangan Sri Pahang manakala Negeri Sembilan turut kalah 2 perlawanan terdahulu menentang Kedah Darul Aman dan juga KL City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram