Pra-Musim: KL City Mudah Tewaskan Melaka
Persahabatan
KL City FC
Advertisements

Aksi pra-musim 2024/25 menyaksikan finalis Piala FA 2023, KL City FC mudah mengatasi cabaran wakil Liga M3, Melaka FC.

Perlawanan yang berlangsung di di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya hari ini menyaksikan The City Boys mengetengahkan gabungan muka lama dan baru.

Sementara Melaka pula turut tampil berwajah baru di bawah bimbingan bekas jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan KL City yang dibimbing Miroslav Kuljanac mendominasi lawan mereka itu.

Ketajaman penyudah menjadi pemisah kedua-dua pasukan. Kapten KL City, Paulo Josue membuka tirai jaringan buat tuan rumah.

The City Boys makin selesa di hadapan menerusi pemain tengah berusia 29 tahun, Zhafri Yahya. Dua gol tersebut memastikan KL City mendahului sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, The City Boys terus memberi tekanan kepada barisan pertahanan pelawat diketuai bekas bek tengah Perak FC, Idris Ahmad.

KL City terus mengasak bagi mendapatkan gol tambahan. Hasilnya, mereka mendapat satu lagi gol bagi membolehkan mereka menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-0.

Perlawanan hari ini dilihat memberi tonik awal buah anak buah Kuljanac untuk kempen pra-musim 2024-2025 sebelum saingan liga bermula pada bulan hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram