Pra-Musim: Sabah Pamer Kegarangan Baham Keningau
Persahabatan
Sabah FC
Advertisements

Persiapan Sabah FC menjelang musim baru Liga Super kini menunjukkan tanda positif selepas pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berjaya mencatatkan kemenangan besar ke atas Keningau FA sebentar tadi.

Sabah dilihat menurunkan hampir 90 peratus pemain muda dan juga pemain simpanan termasuk penjaga gol ketiga, Ramzi Mustakim.

Perlawanan dimulakan dengan agak perlahan namun penguasaan terarah kepada Sabah yang lebih selesa mengawal bola di awal permainan.

Advertisements

Keningau secara tiba-tiba melakar kejutan apabila terlebih dahulu di hadapan melalui penyudah Jufrey Omopor yang merembat leret menewaskan Ramzi di gawang Sabah. Keningau 1-0 di hadapan.

Kedudukan itu hanya bertahan 7 minit apabila Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-16 melalui sepakan penalti Azhad Harraz sebelum seorang lagi pemain muda, Harith Naem meledak pada minit ke-21.

Saddil Ramdani menambah jaringan ketiga Sabah tidak lama selepas itu selepas pemain kebangsaan Indonesia itu berjaya melepasi perangkap ofsaid Keningau.

Advertisements

Keningau kembali menghidupkan perlawanan apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-42 sekali gus mengubah kedudukan menjadi 3-2.

Ketika separuh masa pertama hampir ditamatkan, Sabah menambah duka Keningau melalui jaringan keempat hasil penyudah pemain import Telmo Castenheira.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 4-2 memihak Sabah.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Sabah terus melancarkan serangan bagi menjarakkan kedudukan. Hasilnya penyerang, Jafri Firdaus Chew meledak gol kelima melalui satu situasi satu lawan satu bersama penjaga gol.

Pesta gol Sabah diteruskan lagi pada minit ke-67. Kali ini menerusi penyudah penyerang berbisa Brazil, Ramon Machado yang merembat masuk hantaran dari Saddil. Sabah di hadapan 6-2.

Penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok menjadikan kedudukan berubah kepada 7-2 pada minit ke-72 melalui penyudah susulan selepas rembatan kali pertamanya ditepis penjaga gol dan selang 8 minit selepas itu Ramon Machado sekali lagi meledak untuk jaringan kelapan Sabah.

Advertisements

Ketajaman Darren Lok sekali lagi merobek gawang Keningau pada minit ke-84 melalui satu rembatan deras jarak dekat sebelum Saddil Ramdani melengkapkan pesta gol Sabah dengan jaringan ke-10 sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 10-2.

Sabah dijadualkan akan bertemu Penang FC pada aksi sulung Liga Super pada 12 Mei di Stadium Likas sebelum menjadi pasukan pelawat kepada Kelantan Darul Naim FC pada 17 Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram