Pra-musim: Selangor Menang Tipis Atasi Tai Po
MakanBola
SELANGOR FC

Selangor mencatatkan kemenangan kedua dalam aksi pra-musim di Thailand selepas menang tipis ke atas Tai Po pada Jumaat.

Kemenangan 1-0 dicatatkan oleh Merah Kuning pada aksi kedua di Thailand dalam kempen pra-musim menambah lagi gambaran keserasian skuad tersebut bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Ini merupakan kemenangan kedua skuad The Red Giants selepas membelasah kelab Thailand, Ratchaburi 4-0 pada aksi sulung pra-musim Selasa lalu.

Aksi kedua pra-musim Selangor di Thailand berakhir dengan kemenangan 1-0 dan menanti Merah Kuning di perlawanan ketiga nanti adalah Sukothai yang menamatkan kempen Liga Thailand di tangga ke-13 musim lalu.

Seterusnya, The Red Giants bakal bertemu 3 lagi pasukan iaitu Sukhothai, PT Prachuap & Lion City Sailors dalam siri pra-musim di Thailand sebelum membuka tirai Liga Super Malaysia 2026/27 menentang Kelantan RW pada 22 Ogos di Kota Bharu.